Friday, December 16

Memasak bukan untuk LELAKI?

curi dari Google :)


Reaksi yang aku dapat bila aku cakap aku tengah memasak :-

1. What? Memasak? Betul ke apa yang aku dengar ni?
2. Ye dok? Mu kompem aku dok mati makan hok mu masok?
3. Masak? Bwahahaha!
4. Jangan nak tunjuk pandai sangat lah, ye ye reti masak.
5. Ambik yang mak masak then ko panaskan, kan kan? haaa..


Ye, disini aku ingin menyatakan bahawa aku memang tak tahu kenapa aku dapat reaksi sebegitu. Lelaki tak boleh memasak ke? Memasak hanya untuk perempuan? Lelaki masak tak sedap?

Oh my, korang patut pergi depan TV, then buka channel astro 703. Ye, Asian Food Channel. Aku rasa mostly 70% tukang masak dalam tu semua LELAKI. Nak aku mention siapa?

1. Gordon Ramsy (Hell's Kitchen)
2. Jamie Oliver (Jamie's At Home)
3. Emmanuel Stroobant (Chef In Black)
4. Ricardo Larrivee (Ricardo and Friends)

Banyak lagi yang lain. Chef Wan, Mark McEwan, Martin Yan.. Bukan nak cakap tak ada chef wanita, ada tapi lagi ramai lelaki dari wanita. Bidang memasak bukan hanya pada perempuan, lelaki pun boleh. Cuma orang melayu kita ni selalu sangat cakap dan pesan pada anak-anak perempuan, malu perempuan kalau tak pandai memasak. Sudahnya, sampai buat pemikiran orang-orang kita yang hanya memasak hanya untuk perempuan, kalau lelaki boleh masak, means dia lelaki lembut lah, pondan lah, and so on. Kalau diluar negara, kanak-kanak lelaki awal-awal lagi mereka dah ajarkan asas memasak. Masterchef pun ada buat rancangan untuk kanak-kanak, Junior Masterchef Australia. Kalau tengok, malu rasanya sebab budak-budak masak lagi bagus dari kita yang dah besar panjang. :)

8 comments:

  1. setuju..
    sy ske lelaki yang pandai masak..
    hahaha..
    cooking bukan limited tuk perempuan je..klu lelaki pandai masak, lgi pompuan ske.. hahaha
    anyway, blogg walking here..visit my blog

    ReplyDelete
  2. setuju..
    selain masakan mak syiera..
    syiera juga masakan yg dimasak oleh lelaki..
    seeddaapppp..:P

    ReplyDelete
  3. to Cik Syiera : yeahhh.. cool ..~ :)

    ReplyDelete
  4. betol2....rmai je chef laki skrg neh...laki tere masak dr pmpuan tu perkara biasa jer...hahha

    ReplyDelete
  5. to nadiem sharmz : haha, tapi lelaki ta reti masak tak pelik kan, kalau perempuan ta reti masak orang mesti akan o.O

    ReplyDelete
  6. aku suke memasak-masak, . . . . tapi aku bukan lelaki lembut yo, . . . . ish ish ish, . . . salah ke bile lelaki suka memasak ?

    bagi aku memasak itu suatu seni, . . . . sedap je bile makan, . . . masak ikut cita rasa sendiri je, . . . . hehe, . . . aku tengok mak aku masak aku belajar senyap2, . . :D

    ReplyDelete
  7. to JaLi AsHBuRn : cool dude, kolot pemikiran tu ble cakap lelaki masak ialah lelaki lembut, ta betol :)

    bagus, same macam aku, blajar senyap2 :D

    ReplyDelete