At last, home sweet home. Tak ada tempat lain lagi lebih indah dari katil sendiri kan. Diari lelaki lagi, nothing special. Aku tak galakkan baca, sebab mungkin bosan kisah hidup aku. Tapi aku hanya bercerita, mungkin ada satu dua cerita yang nak kongsi dengan readers (kalau ada orang baca lah..).
Malam ini, kerja kerja kerja. Kerja aku tak tetap masa, bila-bila bos aku panggil aku kena gerak. Sebab dia yang bayar gaji kan, aku pekerja, ikut sajalah. Banyak karenah nanti kena maki. Bos aku? Bapak aku lah, aku kerja dengan dia, tak official sangat pun, tapi masih boleh dikatakan kerja makan gaji. And malam ni aku kena pergi beli diesel, 4 tong. Memang aku nak pergi bandar pun, nak beli crystal case handphone aku. Selalu aku pergi dengan kawan, tapi macam malam ni aku tak rasa nak pergi dengan orang, rasa macam malas. Abah galakkan aku pergi berteman, sebab jalan nak ke bandar tu gelap sangat. Kereta pun tak ada sangat lalu lalang sana. Adalah dalam 2-3 km, sepanjang jalan tu tak ada langsung lampu jalan. Entah bila Kerajaan Jengka Pusat ni nak ambil tindakan. Aduannya banyak, tapi tindakan haram. Dengan jalan tak elok, tak rata, sempit.
Dalam gelap macam tu lah aku seorang diri dalam kereta dan tanpa ada bunyi apa pun. Hanya enjin dan angin malam. Seram? Aku lagi cuak sebenarnya, nak pandang cermin belakang pun tak berani. Radio pula tengah dalam construction sebab ada wire rosak. Aku pun tak tahu lah kalau-kalau ada benda tumpang, tak nak kejadian dulu datang balik. Ye, aku pernah dulu alami benda macam ni, tumpang-menumpang. Ok, tutup cerita. Aku harap kalau ada yang tumpang, turunlah segera bila dah sampai destinasi, jangan ikut aku balik rumah dah lah. Sebab aku pun tak tahu nak kira berapa ringgit dengan 'penumpang' macam ni.
Sampai di bandar, aku hanya fokus pada satu kedai yang rata-rata orang cakap kedai tu jual barang handphone paling bagus. Aku harap macam tu lah.
"Kak, crystal case handphone ni ada tak? "
"Jenama? "
"Jenama? "
"6500"
"Ada rasanya, try cari dekat situ, ada banyak, dah bercampur dengan Sony, saya pun tak tahu sangat crystal case crystal case ni. "
"Eh, takpe, saya cari sendiri. Haa, ada ni. Berapa harga ni? "
"Takpe, ambil je."
(Buat seketika aku berfikir, salah dengar ke?)
"Ambil je? Free? "
"Ha'ah, free je " (Senyum dia, oh indahnya..)
"Ha'ah, free je " (Senyum dia, oh indahnya..)
"Biar betul ni, saya selalu beli benda ni satu dekat RM5 orang jual. Kalau nasib baik pun jumpa lah RM10 dapat 3"
"Iye, betul. Ambil je."
"Ni bukan pranks? Wakenabeb ke? Heh. "
"Haha, bukanlah wak. Serius, ambil je. Memang stuff situ nak bagi free je kat customer. "
"Haha, bukanlah wak. Serius, ambil je. Memang stuff situ nak bagi free je kat customer. "
Kalau ikutkan nak je aku selongkar habis, dapat 5 pun boleh dah aku pakai untuk sebulan. Tapi takkanlah nak buat macam tu, cover sikit. Benda dah free, jangan tamak.
"Ok lah, saya ambik satu ni, terime kasih ye. "
"Sesame, datang lagi ye. "
Patutlah orang cakap kedai ni best, memang best bro. Next, petrol pump. Bukan antara tempat favourite aku untuk melepak. Aku datang hanya dengan satu tujuan. Tujuannya ialah untuk dibayar gaji dengan penat aku.
"Yes boss, hari ini berapa mau? "
"Ane, buat satu tong RM35, tak nak lebih tak nak kurang. Lepas isi kasi tutup kemas-kemas, jangan kasi tumpah. Nanti habis bau kereta. Macam biasa, buat resit. Boleh ke takpe? "
Aku suka ayat tu, ciplak dari kawan baik aku. Sebenarnya aku saja nak buat dia pening, mat bangla. Saja buli, tak jahat kan? Nakal sikit. Dan lagipun reaksi dia lepas aku cakap banyak-banyak macam tu, dia pun macam tak sure.
"Takpa, takpa...erk, boleh bos, boleh boleh.."
Muka dia kelakar masa dalam keadaan blur macam tu. Macam troll pun ada. :D

No comments:
Post a Comment