Thursday, December 29

The Happiest Day After The Most Sad Day

Salam buat semua..~

Seperti yang tertera di atas, hari paling menggembirakan selepas hari paling menyedihkan bagi aku. Sebenarnya macam ni, haritu masa keluarga aku pindah ke Jengka, aku tak ada bersama semasa pindah barang. Jadi, barang-barang aku dalam bilik aku semua hilang, aku tak tahu status semua-semua tu. Bila dah siap pindah semua, aku tanya mak aku, yang aku kisah komik aku je. Bukan sikit woo, aku collect dari sekolah rendah lagi. Mak aku cakap, abah letak dalam kotak lepas tu tinggal di Kuantan. Rumah di Kuantan tu dah bagi sewa pada pemilik, dalam hati aku habislah semua komik-komik aku tu. Sedih bah. Tapi guess what? Hari ni aku terasa macam nak repair TV dalam stor belakang rumah. Aku jumpa satu kotak berat tersangat. Bila aku buka kotak tu, aku jumpa my babies! Aha. :) Bila aku kemas-kemas semua, aku tengok masih ada banyak tak cukup, tapi tak apa lah, ada separuh pun ok, kenangan masa kecil masih ada lagi.


Hanya yang ni aku jumpa setakat ni, aku harap ada lagi dalam kotak-kotak yang lain. Kalau ada peminat Kreko dan Utopia yang jenguk blog aku ni, mesti tahu yang betapa lama dah versi cover macam dalam gambar atas. Tahun berapa entah aku pun dah tak ingat. Aku lagi banyak baca buku macam ni dari buku sekolah. Sebab buku sekolah tak ada gambar artis cun, aha. :)


Tambahan, aku jumpa majalah sekolah aku dulu, INSPIRASI. Cuma ada 3 je, lagi 2 entah hilang kemana. Bila buka tengok balik, what a memories. I'll always missed you SMART. :)


Yang ini koleksi manga yang aku kumpul dengan kawan baik aku. Dia kumpul One Piece, aku Naruto. Jimat sebab dulu masa kecil manalah nak ada duit sangat nak beli macam-macam kan. Sedihnya hanya ini yang ada buat masa ni. Betapa gila komiknya aku dulu. Komik ni kawan baik aku kat rumah selepas PlaySation :)

Tuesday, December 27

Another Guys Diary #5

I'm back! Selepas penat balik dari jalan-jalan, ini baru sempat nak update blog sikit. Hanya sekadar santapan untuk viewers. Even tempat tak lah menarik macam Australia ke, Washington DC ke, cuma meluangkan masa bersama, tak jauh pun, di area-area KL saja. Tapi kalau dah ramai-ramai, even di tepi kolam pun boleh jadi seronok, kan? :)

Holiday 3 hari 2 malam, tempat dekat, tak berani nak pergi jauh, keadaan cuaca tak menentu sangat, mana lah tahu ada banjir ke kan. Jalan-jalan menghabiskan masa bersama sebelum sekolah start dalam beberapa hari je lagi ni.


Ramai yang dah tahu tempat ni kan, Putrajaya. Seronok sangat semua. Semua kaki jalan ni. Boleh kata kalau kerja dengan jalan-jalan, kerja tolak tepi dulu. Holiday lagi penting. Rasa macam nak selit je photoshop gambar aku sikit kat sebelah tu. Gambar aku tak ada sebab aku yang snap gambar ni. -___- Ada banyak lagi gambar-gambar lain, tapi sebab mostly guna DSLR, so saiz dia tinggi, rasa kemalasan nak upload. Sebab aku rasa tak ada orang nak ambil tahu kisah hidup aku pun, kan kan? :)


Ni gambar masa kami baru balik dari Midvalley. Stop by di pertengahan jalan sambil calling-calling cari hotel. Makan sushi ramai-ramai. Seronok kalau makan ramai-ramai kan. And lagipun, kami semua kaki sushi, aha :)
Macam-macam jenis kami beli time ni, siap ada lebih lagi. Dengan junk food lagi. Oh ya, persamaan antara kami 4 keluarga ialah semua kuat makan! 


Aku dah cakap kami semua kuat makan, yang ni masa makan Steamboat Buffet di Tupai-Tupai. Kalau orang yang tinggal di KL mesti tahu kan tempat ni. Bab makan, harga tak kisah dah berapa-berapa pun, asalkan kenyang dan puas hati. Nasi goreng dekat sini serius sedap!


Pun masih gambar makan. Ini masa dah nak balik, kami singgah di Bentong semata-mata nak makan durian ni. Namanya Musang King D24. 1st time aku dengar spesis ni, aku tak makan masa ni, takut. Aku pun baru lepas baik dari trauma durian, tak berani lagi nak sentuh raja ni. Tapi diorang semua cakap sedap, argh.

Thats all. Aku rasa happy dapat join family gathering ni even hanya di tempat biasa. Aku tak kisah sangat dimana-mana, as long as benda baik, tempat baik, dan perolehi kebaikan dari holiday, cewahh. :) 

SEGMEN | Bloglist X-Change and Review Ur Blog


Just done BW, and found this one. Come join!


Mari SINI dulu, jenguk kalau nak turut serta.
Kemestian yang perlu ada :

1. Ikut blog tuan empunya segmen. (Admin cakap tak wajib, tapi tak rugi pun kan? Ke kena bayar?)
2. Buat satu entry macam aku buat ni kat blog memasing. (Bukan suruh tiru tampal ye. )
3. Kalau tak ada blog sendiri, macam mana nak follow kan? (Dah tu buatlah satu..)
4. Letak link entry juga dalam blog memasing.
5. Lepas tu, daftar nama dekat bahagian comment di "SINI" kat atas tu. 
6. Tunggu admin datang jenguk blog memasing. Sediakan santapan untuk admin ye. :)

Tunggu, ada lagi..


Link seperti tertera di atas. SINI 

Syarat masih sama seperti di atas. Expired date pada 12 Jan 2012. Cepat-cepat! Macam mana nak menang? Rajin-rajinlah jenguk admin punya link ye. :)

Lifehouse Blind


After all this time,
I never thought we'd be here,
Never thought we'd be here.
When my love for you is blind,
But I couldn't make you see it,
Couldn't make you see it,
That I love you more than you'll ever know,
A part of me die when I let you go.

Friday, December 23

Another Guys Diary #4


Sambung dari #3, still hari yang sama. Lepas dari tengok game abah, then pergi makan, shopping and all that stuff yang family selalu buat bila gather bersama. And kebetulan pula hari yang sama di Jerantut ada Fun Fair. Adik aku suka sangat lah benda-benda macam ni. Abah aku pun sama, dia pula yang terlebih excited. Masa tengah beli-beli barang di supermarket, bukan main dia suruh cepat-cepat sebab nak pergi Fun Fair, takut tutup kalau pergi lambat. 


Aku suka suasana di Fun Fair, sebab ramai orang jadi gila, jerit gila-gila. Macam-macam jerit ada, jerit takut, jerit kalah lucky draw, jerit happy, jerit baling-belon-tapi-tak-kena-target, dan lain-lain. Aku teringat dulu pernah sekali di Kuantan, aku call someone lebih kurang pukul 1 pagi untuk temankan aku pergi Fun Fair, seronok sangat kena paksa, ahah. :)) Main lucky draw, masukkan bola dalam lubang, dapat brick game.




Di sebalik kesibukkan tempat tu, abah sempat stop by tengok kucing yang kaki dia macam patah, mungkin, aku just tengok seimbas lalu je. He's really a pet lover kan, tu nak tambah koleksi pet dekat rumah lah tu -____-


Setiap kali datang Fun Fair, aku akan tengok rumah hantu, tempat paling aku suka nak pergi, sebab bagi aku tempat macam ni kelakar. Bagi aku lah. Bukan lah nak cakap aku berlagak berani, tak juga. Tapi memang aku suka. Yang ni, aku tak berani masuk. Sebab, bunyi dari luar terlalu menakutkan. Iman aku tak cukup tinggi lagi, ahah :) . Patutlah aku tengok tak ada orang masuk sini, memang kosong. Abang yang jaga dekat pintu masuk tu pun dah macam zombie aku tengok. -____-


P/S : Off blog untuk sehari dua ni, sebab ikut family pergi holiday. Aku dah tak nak jadi zoo keeper. :)

Thursday, December 22

Cry


There's once a story of a guy who've just been rejected by a girl. He go to see his best friend and tell him that he just got rejected. His friend wonder why he did not cried for what just happened and asked him.

"Why you're not crying? You just been rejected by the woman you loved. Isn't it hurt you in the inside?"

The guy answer,

"Why should I? I just lost a girl who didn't even care about me or love me as I do, but she just lost a guy who loved her with all his heart. "

SEGMEN | Saya Suka Blog Kamu

Click banner for more info or wanna join :)

Another segmen untuk aku penuhkan entry yang tak seberapa di blog aku ni. Baru lepas BW tadi, terjumpa this one, so join lah. 

.:Ceritakan 3 blog yang anda suka terjah dan kenapa?:.


Blogger yang diantara top 10 Google Malaysia Top Searchers 2011 mengalahkan Justin Bieber, itu yang penting, BIEBER, okay Belieber? Aku nak cakap suka, tak lah sangat, tapi ni antara blog yang aku selalu selongkar, sebab ada banyak tips, travel guide. And blog dia pun ada banyak photos yang macam best nak tengok. Kalau tak menarik, macam manalah boleh dapat top 10, ye tak?


Abang artis kita ni punya blog pun aku suka usha. Sebab ayat-ayat yang dia letak dalam tu, moral story semua menusuk kalbu, kononnya lah. Tapi memang betul, dia penulis, so ayat-ayat pengarang dia tahu lah macam mana kan. Jenguklah kalau nak tahu, best. Tapi sekarang dia kurang update sikit, mungkin busy lepas wedding dia hari tu.


Ini blog kawan aku, satu sekolah dulu. Sekarang dia study di oversea, nak jadi doctor. Bagi aku, blog dia selalu buat aku ketawa, bukan blog dia lah, contents dari blog tu. And lagi dia banyak tunjuk photos dari tempat dia belajar, then ada tempat-tempat lain di oversea sana yang aku tak mungkin boleh dapat pergi. Just looking at the photos pun aku rasa macam happy. (Tetiba..) Aku paling jealous bila dulu dia pernah buat video pergi lawatan di Old Trafford, tempat yang paling diidamkan untuk Man Utd's fan macam aku ni. 

That's all, thanks for reading. :)

Since the 90's.


PMR, yeah, what a memories.
Hari ni ramai sibuk-sibuk nak pergi ambil result kan, masa ni saja lah nak tengok berbaloi ke tidak usaha 3 tahun belajar, itupun kalau betul belajar 3 tahun. Macam aku, tak lah 3 tahun sangat, aku rasa aku serius belajar mengadap buku pun paling-paling 4 atau 5 bulan, sebelum PMR. Aku ni pemalas, bosan baca buku sekolah, tapi buku komik tak bosan. Padan lah dengan result aku yang tak seberapa. 

Bila aku teringat balik, masa kecil, family aku orang yang susah sangat, nak dibandingkan dengan kehidupan sekarang, sangatlah jauh beza, aku rasa bersyukur sangat dah alami kesusahan sepanjang 16 tahun aku hidup, 5 tahun yang sekarang agak dah boleh hidup senang. Alhamdulillah. Kadang-kadang aku jealous juga dengan 2 adik aku yang masih bersekolah sekarang ni. Semalam masa aku family hangout, diorang dapat beli baju, kasut dan barang-barang sekolah. Beli kasut pun semua ikut trend baru, nak style, harga lebih sikit pun tak apa, sebab memang abah dan ma dah sedia duit. Nak dibandingkan dengan aku dulu, ma dan abah hanya mampu bagi duit cukup-cukup untuk kasut yang biasa. Kalau aku nak yang kasut lagi smart, aku kena pandai jimat dalam belanja, itu duit yang dapat dari nenek atau atuk di kampung. Tak masuk baju sekolah lagi, kadang-kadang aku pakai yang tahun lepas saja. Bukan apa, aku lebih fikirkan kewangan keluarga, cuma tak mahu menyusahkan. Barang-barang sekolah pula, beli sendiri, hanya sekadar cukup-cukup duit baki. Kalau masih ada barang nak beli, kena simpan dari duit belanja sekolah. Susah kan? :)

UPSR, tahun peperiksaan. Aku dapat 4A1B, dah cukup memadai bagi aku. Abah pernah janjikan sebuah komputer, tapi aku tolak. Sebab aku tahu susah, aku hanya minta RM10 as a present. Kalau dulu, RM10 itu dah macam RM100, cukup buat belanja 5 hari. Cukup untuk lepaskan gian main game di CC. Kalau bandingkan dengan adik aku sekarang, tak payah 5A pun, dapat no 2 atau 3 sudah dapat sebuah basikal. On the spot pergi beli. Nak salahkan diorang pun tak boleh, masa diorang lahir, keadaan kewangan keluarga aku pun dah agak okay, cukup menampung keluarga 6 beranak, dah lahir-lahir boleh hidup senang. -___-

PMR tak payah cerita lah, aku lagi lah rasa macam nak marah. Aku dulu nak pergi ambil result pun pergi dengan ma, naik BAS. Dapat result 5A3B, itu pun ma dah happy sangat, hadiah? Ma nak belanja KFC, tapi aku tolak. Aku just ajak balik, aku tak mengharap sangat hadiah grand-grand. Adik aku? Dem. Habis exam balik rumah dah ada laptop depan mata. Adilkah waktu itu? Tidak!

P/S : Janganlah adik aku yang form 2 sekarang, nanti PMR balik ada motor sebuah tengah tunggu depan rumah. =.=

Another Guys Diary #3

Another day for another story. Hanya sekadar luangkan masa dengan blog sendiri, nanti kalau tak diisi, orang bosan pula nak singgah kan. Entry kalau bosan tak apa, jangan blog bosan. Nanti orang langsung tak nak buka blog kita kan. Hari ini, family hanging buat keluarga aku. Mulanya aku macam tak nak ikut sangat, tapi sebab abah macam harap aku pergi, jadi aku pergilah. Tapi dalam hati aku tahu, dia sebenarnya nak aku gantikan dia drive kalau dia penat. -____-

Lagipun harini dia ada game, friendly. So aku tak kisah sangat, mungkin dia penat, jadi apa salahnya kalau aku gantikan lepas game. Sebelum pergi dia ada tanya,

"Abang, boleh jadi referee tak? Nanti diorang bayar, bukan jadi ref kosong je. "

Aku tolak, sebab aku tak rasa macam nak jadi ref, entahlah, malas mungkin. Walaupun dibayar tapi hati tak mahu. Aku hanya nak keluar dan lepak bersama keluarga, tak ada rasa nak bersukan. Kalau tak, dari awal lagi aku dah join game, boleh sangat nak join, aku anak abah, abah boss besar dalam team, ahah. :))

Instead of jadi referee, aku pilih untuk jadi cameraman. Lagi mudah, tak payah berlari kehulu-kehilir, kan? Duduk kat tepi, hanya snapping-snapping apa yang patut. Sambil-sambil snapping, sambil borak dengan Mimi, and sambil mengumpat para player sekalian. Mostly dah veteran, tapi masih larat untuk main. Tengok abah aku pun dah cukup, umur dah 46, tapi masih main macam orang muda. -___-

Semarak FC. My dad? Goalkeeper lah. :)

Bagi aku, aku suka gambar ni, sebab jarang ada gambar team bola tapi ambil dari side tepi, kan? Aku rasa smart lah, puji diri sendiri. Suka hati lah. :)

Mula-mula aku ingat diorang nak lawan dengan team ni, tapi tanggapan aku silap daa.

Ini baru betul team lawan. Datang lambat, janji melayu biasalah.

Manchester United vs Chealsea. (kononnya lah sangat)

Antara babak-babak sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.




Pakcik Ref,  sangat-sangat buat aku dengan adik aku ketawa dari tepi. Kejam kami. :))

Aku kalau boleh nak letak semua gambar, tapi sebab malas nak tunggu loading, so aku tak letak lah. Lainlah kalau betul game Man Utd vs Chealsea live aku yang ambil gambar, aku sanggup buat blog lain untuk penuhkan gambar-gambar tu. So game end with 3-2, Merah kalah. Tapi game sangat 50-50. No luck at the red side. Ref pun macam tak betul je, opss.. :))

P/S : Continue to part #4

Wednesday, December 21

Don't Get Me Wrong

Why?
I just don't understand why.
I kept thinking about it yet still not answer for it.
You'll be mad at me for this, yeah you will.
We have no relationship,
I just ask nicely for a friendship,
Why you've acting like you wanna make me your 'enemyship'?

You can put the blame on me,
I won't deny it, I'm the one who started it anyway,
I did what you asked,
Wore a single ring on my own,
That troubling you so much?
I gave you time,
I wait for you,
Still you questioning me?

Oh sorry girl, that just me,
I'm stubborn, right? You care?
Oh come on, don't mind it.
I did ask for another chance,
Not anymore.
Even if I give you my sorry,
Its doesn't matter to you.
We're really didn't meant together.

Go live your dream and your life.
I'll live mine.


P/S : PS? Pissed.

Tuesday, December 20

Another Guys Diary #2


At last, home sweet home. Tak ada tempat lain lagi lebih indah dari katil sendiri kan. Diari lelaki lagi, nothing special. Aku tak galakkan baca, sebab mungkin bosan kisah hidup aku. Tapi aku hanya bercerita, mungkin ada satu dua cerita yang nak kongsi dengan readers (kalau ada orang baca lah..).

Malam ini, kerja kerja kerja. Kerja aku tak tetap masa, bila-bila bos aku panggil aku kena gerak. Sebab dia yang bayar gaji kan, aku pekerja, ikut sajalah. Banyak karenah nanti kena maki. Bos aku? Bapak aku lah, aku kerja dengan dia, tak official sangat pun, tapi masih boleh dikatakan kerja makan gaji. And malam ni aku kena pergi beli diesel, 4 tong. Memang aku nak pergi bandar pun, nak beli crystal case handphone aku. Selalu aku pergi dengan kawan, tapi macam malam ni aku tak rasa nak pergi dengan orang, rasa macam malas. Abah galakkan aku pergi berteman, sebab jalan nak ke bandar tu gelap sangat. Kereta pun tak ada sangat lalu lalang sana. Adalah dalam 2-3 km, sepanjang jalan tu tak ada langsung lampu jalan. Entah bila Kerajaan Jengka Pusat ni nak ambil tindakan. Aduannya banyak, tapi tindakan haram. Dengan jalan tak elok, tak rata, sempit.

Dalam gelap macam tu lah aku seorang diri dalam kereta dan tanpa ada bunyi apa pun. Hanya enjin dan angin malam. Seram? Aku lagi cuak sebenarnya, nak pandang cermin belakang pun tak berani. Radio pula tengah dalam construction sebab ada wire rosak. Aku pun tak tahu lah kalau-kalau ada benda tumpang, tak nak kejadian dulu datang balik. Ye, aku pernah dulu alami benda macam ni, tumpang-menumpang. Ok, tutup cerita. Aku harap kalau ada yang tumpang, turunlah segera bila dah sampai destinasi, jangan ikut aku balik rumah dah lah. Sebab aku pun tak tahu nak kira berapa ringgit dengan 'penumpang' macam ni.

Sampai di bandar, aku hanya fokus pada satu kedai yang rata-rata orang cakap kedai tu jual barang handphone paling bagus. Aku harap macam tu lah.

"Kak, crystal case handphone ni ada tak? "
"Jenama? "
"6500"
"Ada rasanya, try cari dekat situ, ada banyak, dah bercampur dengan Sony, saya pun tak tahu sangat crystal case crystal case ni. "
"Eh, takpe, saya cari sendiri. Haa, ada ni. Berapa harga ni? "
"Takpe, ambil je."

(Buat seketika aku berfikir, salah dengar ke?)

"Ambil je? Free? "
"Ha'ah, free je " (Senyum dia, oh indahnya..)
"Biar betul ni, saya selalu beli benda ni satu dekat RM5 orang jual. Kalau nasib baik pun jumpa lah RM10 dapat 3"
"Iye, betul. Ambil je."
"Ni bukan pranks? Wakenabeb ke? Heh. "
"Haha, bukanlah wak. Serius, ambil je. Memang stuff situ nak bagi free je kat customer. "

Kalau ikutkan nak je aku selongkar habis, dapat 5 pun boleh dah aku pakai untuk sebulan. Tapi takkanlah nak buat macam tu, cover sikit. Benda dah free, jangan tamak. 

"Ok lah, saya ambik satu ni, terime kasih ye. "
"Sesame, datang lagi ye. "

Patutlah orang cakap kedai ni best, memang best bro. Next, petrol pump. Bukan antara tempat favourite aku untuk melepak. Aku datang hanya dengan satu tujuan. Tujuannya ialah untuk dibayar gaji dengan penat aku.

"Yes boss, hari ini berapa mau? "
"Ane, buat satu tong RM35, tak nak lebih tak nak kurang. Lepas isi kasi tutup kemas-kemas, jangan kasi tumpah. Nanti habis bau kereta. Macam biasa, buat resit. Boleh ke takpe? "

Aku suka ayat tu, ciplak dari kawan baik aku. Sebenarnya aku saja nak buat dia pening, mat bangla. Saja buli, tak jahat kan? Nakal sikit. Dan lagipun reaksi dia lepas aku cakap banyak-banyak macam tu, dia pun macam tak sure.

"Takpa, takpa...erk, boleh bos, boleh boleh.."

Muka dia kelakar masa dalam keadaan blur macam tu. Macam troll pun ada. :D

Share #4 Duit Baru 2012


Duit baru 2012.

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.

P/S : Tapi bagi aku, color yang sebelum ni lagi okay rasanya. kan? 

Sunday, December 18

Another Guys Diary #1

My Documents --> Downloads --> Video --> 50.50[2011]Dvdrip-aXXo.avi

At last, setelah penat tunggu download dari petang tadi, akhirnya boleh tengok. Good video quality, ok aku puas hati. Aku pun tak tahu cerita apa sebenarnya, tapi sebab comments di video tu semua cakap best, rating 9/10, aku pun try lah download. Download dari petang tapi baru siap, sebab line kejap ada kejap tak ada, mungkin sebab hujan yang tak berapa stabil, kejap lebat kejap renyai. Nasib baik lah guna IDM, so boleh sambung-sambung downloadnya.

00:03.34
*yawn*

00:12.03
Heh, bodo betul.

00:19.45
Ok, awek tu lawa. Fuh. #semangat

Suddenly,
♫ Take me by the tounge and I'll know you, kiss me till you drunk and I'll show you, All the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger, I've got the..♫

"Hello.."
"Hello, D. Jom karok malam ni. Aku belanje, ajok awok-awok ni. Aku ade BP doh, mari ah.."
"Ni ape bende tetibe ajak karok, setting dok ape dok.."
"Jom la, ajok P ngan K skali, moh. Aku kat pagor ni.."
"Mu ade ngan sape sane? Jap, mu ngan hok mlm tadi tu? "
"Eh, camne mu tau? "

(Ye, memang kau bergayut webcam sebelah aku malam tadi duduk bersembang nak keluar pergi mana pergi mana selama setengah jam, then hari ni kau keluar dengan abah kau ajak aku pergi karaoke)

"Die bawok member ke? "
"Ho la, jom la. Lambat-lambat kekgi nok hantor die pulok.."
"Tengoklah dulu. Kalau aku rajin aku calling smula. "
"Bolokla, jom lah.."
"Haa, ye mak? "

*tut tut tut tut..*

Malas betul aku nak keluar masa aku memang tak ada rasa nak keluar. Hujan-hujan macam ni. Naik kereta pun, tetap rasa macam malas. Tengah feeling tengok movie lah nak ajak keluar lah apa lah, setting awal-awal tak nak. Ajak karaoke, kalau ke ceramah sentaklah juga hati aku. Sambung movie..

00:25.21
LOL!

#Message beep.
[Z ajak kuar, jom. Ngeteh mek siey. bole tengok bola terus]

Dem. Game Man Utd tu tak payah tengok tak apa, memang comfirm menang punya. Main dekat Away, aku malas sangat nak tengok. Kenapa korang semua buat plan pada masa yang sama? Aku nak tengok favourite team aku main pun malas, apetah lagi nak keluar bersosial. *sigh*

Selang 5 minit kemudian, abah datang kat aku.

"Abang, boleh tolong abah sikit tak? "
"Ape dia bah? "
"Tolong carikan abah lagu kat internet, lagu-lagu lame. Abah nak bubuh dalam handset, abah cari kat kedai takde, susah. Dalam internet ade tak? "
"Ade je rasenye. Meh name lagu tu.."
"Cari lagu dari kumpulan Goodman Brothers..bla bla bla bla bla.."
"Hurm..."

(Proses mencari dan downloading mengambil masa selama 10 minit, tak campur dengan masa mencari wayar USB yang aku sendiri tak ingat letak dekat mana, sebab card reader adik aku buat hilang.)

Another 5 minuts later,

#Yahoo!Messenger
[buzz!]
[Hey Chom, what u doing? :)]

Great, aku lupa tutup YM.
Ok semua, terima kasih. I really enjoy the movie a lot. Thanks again.

P/S : Aku tak tahu macam mana korang semua rancang bersama nak sabotaj masa kualiti aku tengok movie -____-


Share #3 The Axe Effect


I'd found this and I would like to share.
Sebenarnya tak tahu ini sah atau tidak, tapi kelakar. :D


New Delhi, Seorang lelaki India berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'Penderitaan Mental'.

Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis, meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.

The TimeBook



Salam.
Akhirnya, sudah try Timeline.
Terpaksa, sebelum dia tiba-tiba tukar, baik kita tukar dulu kan.
Nanti tak sempat nak edit post-post lama lak. 
Penat buat header, dekat setengah jam. *sigh*
Jenguk-jenguk la my FB kalau senang. :)
Click HERE!

The Last Song


I'd read the novel,

and done watching the movie.

Great movie to watch, I give 4/5.

Thanks to someone.

Saturday, December 17

Share #2 LOL?

Salam Buat Semua..~

Situasi :

1. Haha, kucing tu kaler biru, LOL.
2. Kau langgar pintu lagi? LMAO.
3. ILY so much chayunk. (blueekk..)
4. Dem, aku lupa doe. pf.

LOL, LMAO, ILY, PF, anda semua pernah jumpa short form macam ni? Rasanya pernah kan, mostly ramai yang dah guna. Tapi tahu tak? Masih ada antara kita yang tak tahu apa maksud short form yang kita guna tu? Bukan nak cakap mereka kolot, tapi mungkin diorang nampak orang guna tapi malas nak ambil tahu apa maksudnya. So, saja-saja mengisi kekosongan di hari hujan macam ni, untuk share dengan semua. :)

Aku tunjuk yang mana-mana selalu orang guna, contohnya :

LOL : Laughing Out Loud / Lots Of Laugh - ketawa sangat-sangat, penuh gelak ketawa
LMAO : Laugh My F**king A** Of - korang translate lah sendiri, haha.
ROTFL : Rolling On The Floor Laughing - macam ketawa sampai berguling-guling atas lantai
ILY : I Love You - ini korang pun tahu kan.
PF : Palm Head - tepuk dahi.
LOLOL : Lots Of Laughing Out Loud - banyak gelak ketawa terbahak-bahak (lawak sangatlah konon-kononnya)

Korang nak tengok yang lain, ada kat sini banyak sangat yang tak biasa kita dengar dan guna pun ada. Yang mana-mana rasa macam tak sesuai guna, janganlah guna ye :)

A Great Great Great Sabtu-day

Salam Buat Semua..~

Seperti yang tertera di atas, hari ini hari Sabtu. Tapi bagi aku, Sabtu ini seperti hari Isnin. Pada kebiasaan hari Sabtu, lepas subuh boleh lah aku macam nak bangun lambat sikit, tapi not today. Family semua pergi holiday, tinggal aku seorang di rumah. Dengar macam best kan, duduk rumah alone, boleh online sampai lebam, main PS tanpa ada gangguan, boleh masak dan makan ikut suka. TETAPI, setelah berbicara dan berbincang, maka dengan ini, Abah telah memberi satu tugasan besar sebagai tanggungjawab aku di rumah. Apakah?

OKAY HARDISK, TODAY IS YOUR "ZOOKEEPING" DAY.

Apa yang korang rasa kalau dah dikaitkan dengan term "ZooKeeping"? Haiwan? Pets? Kalau ya, maka anda dapat markah penuh. YES! Jaga pets. Tapi di rumah aku ni, pets aku bukan macam pets biasa-biasa, kucing, hamster, sugarglider dan sekian-sekian. Aku kena jaga, bagi makan, dan make sure diorang masuk ke dalam 'homestay' diorang tepat pada waktu yang ditetapkan.

1. Makcik Rabbits.

Comel? Oh tidak, jangan terpedaya dengan tipu helah kecomelan diorang. Bila malam, nak kena bagi diorang masuk dalam reban (aku tak tahu apa nama rumah arnab), nak bercakap diorang bukan faham. Bila aku kejar, halau, diorang boleh pulak bergurau-gurau main pusing-pusing. Setelah agak-agak aku macam dah fed up, aku text abah. "Macam mana nak bagi arnab ni masuk dalam? Diorang degil." Abah aku reply senang je, "Letak carrot dalam reban" Gosh?! What don't you tell me sooner there is a f**king carrot at the back?

2. Mama Ducks. Yang middle tu Papa.

Yang ni tak bagi masalah sangat. Dengar cakap. Aku halau-halau, diorang faham nak masuk dalam. Bagus Mama dan Papa Ducks, matang pemikiran anda. Aku nak bagi makan pun diorang takde nak "Quek! Quek! Quek! Quek! Quek!" bising sebelah aku.

3. Baby Ducks.

Yang ni adalah dalam 10 ekor kalau tak silap. Yang ni pun senang, sebab diorang takut dengan orang. So bila datang dekat, diorang cepat-cepat lari masuk dalam. Congrates!

4. Mr Birdie.

Encik ni lagi senang, sebab ada dalam sangkar, aku buka pintu sangkar masukkan makanan. Dia mintak kaburkan gambar dia, segan katanya masuk dalam Internet.

5. Ikans.

Kolam ikan. Besar tak besar mana lah, cukup lah untuk 600 ekor Tilapia duduk dengan bahagia kat dalam ni. Oh ye, Keli, Patin, Ruhu pun ada menetap dalam ni, tapi tak tahu lah berapa bilangan diorang, sebab aku malas nak buat soal selidik bancian berapa ekor yang ada. Rasanya PATI pun ada dalam ni, seekor atau 2 ekor Labi-labi. Tunggu masa je la kau aku dapat tangkap, buat Sate.

6. Kucheng.

Tak, tu bukan gambar kucing kat rumah ni. Mana ntah Makmur (memang nama sebenar) hilang, tak ada masa photoshoot, so aku letak je lah gambar aku jumpa kat Google. Padan muka kau.


P/S : Dan aku kena jaga diorang semua ni untuk 3 hari while all my family tengah beronok-ronok di Pulau Redang. Arigato buat yang melawat dan membaca. :)

Essay Contest



Hi Guys!

Tadi BW jap, then ada jumpa contest, ada prize punya :)
Klik header di atas untuk details yang lebih lanjut.

Friday, December 16

Memasak bukan untuk LELAKI?

curi dari Google :)


Reaksi yang aku dapat bila aku cakap aku tengah memasak :-

1. What? Memasak? Betul ke apa yang aku dengar ni?
2. Ye dok? Mu kompem aku dok mati makan hok mu masok?
3. Masak? Bwahahaha!
4. Jangan nak tunjuk pandai sangat lah, ye ye reti masak.
5. Ambik yang mak masak then ko panaskan, kan kan? haaa..


Ye, disini aku ingin menyatakan bahawa aku memang tak tahu kenapa aku dapat reaksi sebegitu. Lelaki tak boleh memasak ke? Memasak hanya untuk perempuan? Lelaki masak tak sedap?

Oh my, korang patut pergi depan TV, then buka channel astro 703. Ye, Asian Food Channel. Aku rasa mostly 70% tukang masak dalam tu semua LELAKI. Nak aku mention siapa?

1. Gordon Ramsy (Hell's Kitchen)
2. Jamie Oliver (Jamie's At Home)
3. Emmanuel Stroobant (Chef In Black)
4. Ricardo Larrivee (Ricardo and Friends)

Banyak lagi yang lain. Chef Wan, Mark McEwan, Martin Yan.. Bukan nak cakap tak ada chef wanita, ada tapi lagi ramai lelaki dari wanita. Bidang memasak bukan hanya pada perempuan, lelaki pun boleh. Cuma orang melayu kita ni selalu sangat cakap dan pesan pada anak-anak perempuan, malu perempuan kalau tak pandai memasak. Sudahnya, sampai buat pemikiran orang-orang kita yang hanya memasak hanya untuk perempuan, kalau lelaki boleh masak, means dia lelaki lembut lah, pondan lah, and so on. Kalau diluar negara, kanak-kanak lelaki awal-awal lagi mereka dah ajarkan asas memasak. Masterchef pun ada buat rancangan untuk kanak-kanak, Junior Masterchef Australia. Kalau tengok, malu rasanya sebab budak-budak masak lagi bagus dari kita yang dah besar panjang. :)

SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011



Assalamualaikum..~

Baru tadi BW, then jumpa satu blog (Lyssa Faizureen's) bout this one. So saja- saja buat, sebab macam menarik :)

i) Nyatakan mengapa korang ambik jurusan tuh ? Rasa menyesal tak ?

I just finished my study, taking Dip. in Mechanical Engineering. Kenapa ambik Mechy? Sebab utama, masa register online, tengok term "Mekanikal" tu macam best, padahal tak tahu pun mekanikal tu hape. HAHA! Lagipun, choice untuk mekanikal dah letak nombor 3, tapi dapat mekanikal jugak, so terima je lah. Sebenarnya lagi prefer electronic, tapi apakan dayaku. Allah lebih tahu yang mana terbaik kan. Nak cakap menyesal tak lah menyesal sangat. Setiap courses ada kelebihan dan kekurangan. Kita tak tahu apa yang best dan apa yang tak best tentang courses yang lain. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah tahu mekanikal ni, rupanya antara courses yang susah dalam engineering. Ye lah, semua aspek kami kena expert, electrical, counting, drawing dan macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah, dapat ilmu banyak tu tak rugi kan. :)

P/S : Seriously, do we need to learn all that sir?

ii) Beri sedikit nasihat buat mereka yang nak masuk U :)

Nasihat? Aha, I've got one. Korang takkan tahu apa yang korang bakal hadapi. Ia lebih teruk dari apa yang korang bayangkan. Get prepare :D Cuma jangan berhenti di pertengahan semester, macam ada kawan aku ni, dah 5 semester belajar, then nak give up sebab susah. Rugiiii...~ Bazir duit pinjaman + masa :)

Quotations #2

10th Grade
As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. She was my so called "best friend". I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn't notice me like that, and I knew it. After class, she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

11th Grade
The phone rang. On the other end, it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn't want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, one Drew Barrymore movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me, said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Senior Year
The day before prom she walked to my locker. My date is sick she said; he's not going to go well, I didn't have a date, and in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates, we would go together just as "best friends". So we did. Prom night, after everything was over, I was standing at her front door step. I stared at her as she smiled at me and stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she isn't think of me like that, and I know it. Then she said "I had the best time, thanks!" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Graduation Day
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn't notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, "you're my best friend, thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

A Fews Years Later
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say "I do" and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine, but she didn't see me like that, and I knew it. But before she drove away, she came to me and said "you came!". She said "thanks" and kissed me on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Funeral
Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my "best friend". At the service, they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at him wishing he was mine, but he doesn't notice me like that, and I know it. I want to tell him, I want him to know that I don't want to be just friends, I love him but I'm just too shy, and I don't know why. I wish he would tell me he loved me! `I wish I did too...` I thought to my self, and I cried.

Quotations #1



9 Things I Hate About Everyone


1. People who point at their wrist asking for the time... I know where my watch is pal, where the hell is yours? Do I point at my crotch when I ask where the toilet is?


2. People who are willing to get off their a** to search the entire room for the TV remote because they refuse to walk to the TV and change the channel manually.


3. When people say "Oh you just want to have your cake and eat it too". Damn Right! What good is cake if you can't eat it?


4. When people say "it's always the last place you look". Of course it is. Why the hell would you keep looking after you've found it? Do people do this? Who and where are they?


5. When people say while watching a film, "did ya see that?" No Loser, I paid $12 to come to the cinema and stare at the damn floor!


6. People who ask "Can I ask you a question?"... Didn't give me a choice there, did ya sunshine?


7. When something is 'new and improved'. Which is it? If it's new, then there has never been anything before it. If it's an improvement, then there must have been something before it, couldn't be new.


8. When people say "life is short". What the hell??? Life is the longest damn thing anyone ever does!!! What can you do thats longer?


9. When you are waiting for the bus and someone asks "Has the bus come yet?" If the bus came, would I be standing here???

Thursday, December 15

Share #1 A Friends Poem

A friend of me wrote this to me, and I wanna share it with viewers :)

I’m looking for a friend today, a friend who’ll never stay away.
I’m looking for a friend today, but I want a friend who’s just like you.
I’m looking for a friend, you see, a friend who needs someone like me.
I want this friend, I really do, but I want a friend who’s just like you.
The treasure heart you keep inside, that keeps my dreams away from harm,
Touches my life in every way, and seeds of love revives my heart,
The fire that burns inside my mind, incinerates the deadly fears,
Your sound and voice depletes my sins, your warm melody feeds no stop,
Every heart that beats a day, the shadow path removed to be, and hear my tongue that says no lie,
Say my prayers as lullabies,
I fell and kept my knees on the ground, you came into my life and lived,
and helped me rise from burden's toes,
And take my hand to eternity.

*Thanks D.T.*

What kind of Music?

Hey Hey!

Just blog walking from a blog of my friend, found this one. Hanya suka-suka :)

1. Open up your Mp3/Mp4/Handphone

2. From all of the songs in the list, state the name of the song at number 5, 13, 23, 39, 50

i) number 5 - 21 Guns by Greenday
ii) number 13 - A Year Without Rain by Selena Gomez
iii) number 23 - Smile by Avril Lavigne
iv) number 39 - Blind by Lifehouse
v) number 50 - Soldier by Bunkface

3. Your favourite song from your list

For The First Time by The Script

4. Not really your favourite but its in your songs list

Me Love by Sean Kingston

5. You've listen to this more than your favourite song

Kimbra - Two Way Street

6. 10 songs you want other people to listen from your list

i) Like We Used To by A Rocket To The Moon
ii) So Far Away by Avenged Sevenfold
iii) Hate Me by Blue October
iv) Like Omg Baby by DJ Earworm
v) Gone With The Sins by H.I.M
vi) When Will I See Your Face Again by Jamie Scott
vii) Heartless by Justin Nozuka
viii) Surrender by Neon Trees
ix) Somebody To Love by BIGBANG
x) Fiction by B2ST/BEAST

7. Why song number 142 is on your list?

Justin Bieber (feat Miley Cyrus) - Overboard.
Gosh, I don't know. I just love the song when I heard it for the first time watching NeverSayNever:JustinBieber movie. P/S : I'm not Bieber Fans okay? :P

8. Will you share song number 72 with your friends?

Don Omar (feat Lucenzo) - Danza Kuduro
Why not? OST from Fast Five movie. Nice song, keep it rockin yeah!

Internet Download Manager

Hey guys!

Buddies selalu tanya, 
"Weh, kau download video macam mana? Senang je aku tengok, cepat lak tu. Aku guna download kat Google Chrome macam lambat je."

Jawapan untuk korang yep, aku selalu guna IDM, apakah? Internet Download Manager. Maybe orang selalu dengar tapi tak selalu dapat pakai, sebab mostly direct download just offer trial only, dalam 15-30 hari maybe. So, harini aku nak share sikit untuk viewers, yang mana nak cuba try guna.

1. Kenapa guna IDM?
- Mempercepatkan download 5 kali lebih pantas dari kebanyakan downloader yang lain
- In case ter'cancel' download, IDM boleh resume semula link download tersebut, dan sambung downloading. Contohnya kalau viewers download dah 49%, then suddenly broadband tak dapat line ke, modem terpadam ke, so bila dia sambung, dia akan start dari 49% juga, bukan dari 0%.
- Boleh download lebih dari satu dalam satu masa. Mengurangkan speed downloading, tetapi viewers boleh buat schedule (jadual) download kalau tak nak download jadi lembab.

2. Cara nak download video?

Bila korang dah jumpa video yang korang nak, macam di Youtube, korang open je link video, korang akan nampak download seperti gambar di atas. Just click that one, nanti akan keluar..


Klik "Start Download"


Lepas tu, tunggu. Kalau video di Youtube selalunya tak sampai 5 minit pun.
Video yang dah siap download akan ada di My Computer/Local C/User/Download
Ada 5 folder di situ kan, IDM bukan boleh download video saja, Program (Installer), Compressed (compressed files), Documents (PDF files mostly) or Music (Mp3's). Best tak?

3. Cara nak dapatkan IDM?

Click link ni, dan download


Bila dah siap download (compressed files), extract di mana-mana korang suka. Macam aku punya, aku tunjuk extract di deskop senang. :)


Dalam compressed file tadi yang korang download ada idman607 (installer), Patch, Notepad (Serial dan Instructions). Aku tunjuk details sikit dari instructions tu, kalau korang dah advanced, boleh je terus tengok instructions :)

Lepas dah extract, korang click je installer idman607 tu, direct installing je, macam biasa, so aku tak payah tunjuk kan, senang je ;) Just next next next. Bila dah siap, pada kebiasaan sesetengah PC, IDM tu akan mintak restart, so restart je la kejap.

Next, korang copy Patch tu, paste di folder IDM yang korang installed tadi. Kalau korang tak tukar folder location, so folder asal di My Computer/Local (C)/Program Files/Internet Download Manager. Paste kat dalam folder tu. Click Patch tu (dalam folder IDM), then akan keluar..


Click yang tertera seperti di atas. Pastu bila dah siap, close je. Next, dalam folder yang sama, cari Application IDMan, then click.


Dah jumpa IDMan Applications yang korang click akan keluar window macam ni. Nampak tab registration? Klik yang tu, lepas tu korang akan nampak Order Online dan Registration. Klik Registration. Aku tak boleh nak tunjuk sebab dah register :P. Its okay, tak susah pun. Lepas dah klik, ada 4 ruang kosong untuk di isi. Seingat aku, First Name, Last Name, Email dan Serial Key. 3 yang utama tu korang boleh hentam je, don't worry. Then yang serial key tu, korang buka semula Notepad Serial yang korang download mula-mula sekali tadi. Serial key ada tertulis di situ, copy and paste. Then, DONE!

Kalau korang ikut steps, rasanya tak ada masalah. Kalau registration berjaya, korang punya akan jadi macam aku punya. Registration tu jadi macam color gray, tak boleh nak klik. So, selamat mencuba. Kalau ada sebarang pertanyaan, just post comment. :) IDM version 6.07 ni bukanlah yang terbaru, tapi setakat ni aku guna, tak ada masalah. Downloading speed pun masih laju. Satu lagi peringatan, jangan sesekali download new version. Kadang-kadang bila korang buka PC, masa Windows nak loading, akan ada keluar something like, downloading new patch, or looking for new version. JUST IGNORE THAT ONE, press cancel or whatever. Sebab serial key yang korang guna sekarang, hanya untuk versi 6.07, so kalau guna versi lain, kena cari key lain. Aku tak halang, tapi banyak key tak boleh pakai. So yang merana, korang juga. Hee..~

P/S - Sorry for the mashup bahasa, aku taip ikut aku senang nak bagitahu. HAHA!