Thursday, December 29

The Happiest Day After The Most Sad Day

Salam buat semua..~

Seperti yang tertera di atas, hari paling menggembirakan selepas hari paling menyedihkan bagi aku. Sebenarnya macam ni, haritu masa keluarga aku pindah ke Jengka, aku tak ada bersama semasa pindah barang. Jadi, barang-barang aku dalam bilik aku semua hilang, aku tak tahu status semua-semua tu. Bila dah siap pindah semua, aku tanya mak aku, yang aku kisah komik aku je. Bukan sikit woo, aku collect dari sekolah rendah lagi. Mak aku cakap, abah letak dalam kotak lepas tu tinggal di Kuantan. Rumah di Kuantan tu dah bagi sewa pada pemilik, dalam hati aku habislah semua komik-komik aku tu. Sedih bah. Tapi guess what? Hari ni aku terasa macam nak repair TV dalam stor belakang rumah. Aku jumpa satu kotak berat tersangat. Bila aku buka kotak tu, aku jumpa my babies! Aha. :) Bila aku kemas-kemas semua, aku tengok masih ada banyak tak cukup, tapi tak apa lah, ada separuh pun ok, kenangan masa kecil masih ada lagi.


Hanya yang ni aku jumpa setakat ni, aku harap ada lagi dalam kotak-kotak yang lain. Kalau ada peminat Kreko dan Utopia yang jenguk blog aku ni, mesti tahu yang betapa lama dah versi cover macam dalam gambar atas. Tahun berapa entah aku pun dah tak ingat. Aku lagi banyak baca buku macam ni dari buku sekolah. Sebab buku sekolah tak ada gambar artis cun, aha. :)


Tambahan, aku jumpa majalah sekolah aku dulu, INSPIRASI. Cuma ada 3 je, lagi 2 entah hilang kemana. Bila buka tengok balik, what a memories. I'll always missed you SMART. :)


Yang ini koleksi manga yang aku kumpul dengan kawan baik aku. Dia kumpul One Piece, aku Naruto. Jimat sebab dulu masa kecil manalah nak ada duit sangat nak beli macam-macam kan. Sedihnya hanya ini yang ada buat masa ni. Betapa gila komiknya aku dulu. Komik ni kawan baik aku kat rumah selepas PlaySation :)

No comments:

Post a Comment