Showing posts with label Being Me. Show all posts
Showing posts with label Being Me. Show all posts

Sunday, February 19

22th Years Of Living


Salam buat viewers..~

Yay! Birthday datang lagi, aha. Firstly, Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana masih memberi peluang untuk aku hidup di muka bumi ni, meraikan 22 tahun kehidupan, cewahh. Well, mestilah kena bersyukur kan, sebab kita pun tak tahu bila kita mati. Dah dapat hidup 22 tahun ni pun kira lama dah, macam-macam dugaan hidup dah lalui dari kecil sampai pra-dewasa ni. Kena ingat, tak semua orang dapat hidup lama macam ni, ada yang muda-muda lagi dah meninggal, umur tak panjang.

And thanks to all friends yang mana dah wish tu, doa and all that, hanya Tuhan yang dapat membalas. Thanks again. Tahun ni pun tak ada yang lain dari tahun-tahun lepas, no grand grand sangat lah birthday party and all that, dah besar panjang dah (Mama yang cakap..). Ma belikan cake je, tapi sedap. Tak sempat nak upload gambar. Hadiah? Entah, habuk pun tarakk. Lol. No need lah, as long as orang masih ingat birthday kita pun dah cukup kan. :)


Thanks, so so soooo much! 

Tuesday, December 27

Another Guys Diary #5

I'm back! Selepas penat balik dari jalan-jalan, ini baru sempat nak update blog sikit. Hanya sekadar santapan untuk viewers. Even tempat tak lah menarik macam Australia ke, Washington DC ke, cuma meluangkan masa bersama, tak jauh pun, di area-area KL saja. Tapi kalau dah ramai-ramai, even di tepi kolam pun boleh jadi seronok, kan? :)

Holiday 3 hari 2 malam, tempat dekat, tak berani nak pergi jauh, keadaan cuaca tak menentu sangat, mana lah tahu ada banjir ke kan. Jalan-jalan menghabiskan masa bersama sebelum sekolah start dalam beberapa hari je lagi ni.


Ramai yang dah tahu tempat ni kan, Putrajaya. Seronok sangat semua. Semua kaki jalan ni. Boleh kata kalau kerja dengan jalan-jalan, kerja tolak tepi dulu. Holiday lagi penting. Rasa macam nak selit je photoshop gambar aku sikit kat sebelah tu. Gambar aku tak ada sebab aku yang snap gambar ni. -___- Ada banyak lagi gambar-gambar lain, tapi sebab mostly guna DSLR, so saiz dia tinggi, rasa kemalasan nak upload. Sebab aku rasa tak ada orang nak ambil tahu kisah hidup aku pun, kan kan? :)


Ni gambar masa kami baru balik dari Midvalley. Stop by di pertengahan jalan sambil calling-calling cari hotel. Makan sushi ramai-ramai. Seronok kalau makan ramai-ramai kan. And lagipun, kami semua kaki sushi, aha :)
Macam-macam jenis kami beli time ni, siap ada lebih lagi. Dengan junk food lagi. Oh ya, persamaan antara kami 4 keluarga ialah semua kuat makan! 


Aku dah cakap kami semua kuat makan, yang ni masa makan Steamboat Buffet di Tupai-Tupai. Kalau orang yang tinggal di KL mesti tahu kan tempat ni. Bab makan, harga tak kisah dah berapa-berapa pun, asalkan kenyang dan puas hati. Nasi goreng dekat sini serius sedap!


Pun masih gambar makan. Ini masa dah nak balik, kami singgah di Bentong semata-mata nak makan durian ni. Namanya Musang King D24. 1st time aku dengar spesis ni, aku tak makan masa ni, takut. Aku pun baru lepas baik dari trauma durian, tak berani lagi nak sentuh raja ni. Tapi diorang semua cakap sedap, argh.

Thats all. Aku rasa happy dapat join family gathering ni even hanya di tempat biasa. Aku tak kisah sangat dimana-mana, as long as benda baik, tempat baik, dan perolehi kebaikan dari holiday, cewahh. :) 

Friday, December 23

Another Guys Diary #4


Sambung dari #3, still hari yang sama. Lepas dari tengok game abah, then pergi makan, shopping and all that stuff yang family selalu buat bila gather bersama. And kebetulan pula hari yang sama di Jerantut ada Fun Fair. Adik aku suka sangat lah benda-benda macam ni. Abah aku pun sama, dia pula yang terlebih excited. Masa tengah beli-beli barang di supermarket, bukan main dia suruh cepat-cepat sebab nak pergi Fun Fair, takut tutup kalau pergi lambat. 


Aku suka suasana di Fun Fair, sebab ramai orang jadi gila, jerit gila-gila. Macam-macam jerit ada, jerit takut, jerit kalah lucky draw, jerit happy, jerit baling-belon-tapi-tak-kena-target, dan lain-lain. Aku teringat dulu pernah sekali di Kuantan, aku call someone lebih kurang pukul 1 pagi untuk temankan aku pergi Fun Fair, seronok sangat kena paksa, ahah. :)) Main lucky draw, masukkan bola dalam lubang, dapat brick game.




Di sebalik kesibukkan tempat tu, abah sempat stop by tengok kucing yang kaki dia macam patah, mungkin, aku just tengok seimbas lalu je. He's really a pet lover kan, tu nak tambah koleksi pet dekat rumah lah tu -____-


Setiap kali datang Fun Fair, aku akan tengok rumah hantu, tempat paling aku suka nak pergi, sebab bagi aku tempat macam ni kelakar. Bagi aku lah. Bukan lah nak cakap aku berlagak berani, tak juga. Tapi memang aku suka. Yang ni, aku tak berani masuk. Sebab, bunyi dari luar terlalu menakutkan. Iman aku tak cukup tinggi lagi, ahah :) . Patutlah aku tengok tak ada orang masuk sini, memang kosong. Abang yang jaga dekat pintu masuk tu pun dah macam zombie aku tengok. -____-


P/S : Off blog untuk sehari dua ni, sebab ikut family pergi holiday. Aku dah tak nak jadi zoo keeper. :)

Thursday, December 22

Another Guys Diary #3

Another day for another story. Hanya sekadar luangkan masa dengan blog sendiri, nanti kalau tak diisi, orang bosan pula nak singgah kan. Entry kalau bosan tak apa, jangan blog bosan. Nanti orang langsung tak nak buka blog kita kan. Hari ini, family hanging buat keluarga aku. Mulanya aku macam tak nak ikut sangat, tapi sebab abah macam harap aku pergi, jadi aku pergilah. Tapi dalam hati aku tahu, dia sebenarnya nak aku gantikan dia drive kalau dia penat. -____-

Lagipun harini dia ada game, friendly. So aku tak kisah sangat, mungkin dia penat, jadi apa salahnya kalau aku gantikan lepas game. Sebelum pergi dia ada tanya,

"Abang, boleh jadi referee tak? Nanti diorang bayar, bukan jadi ref kosong je. "

Aku tolak, sebab aku tak rasa macam nak jadi ref, entahlah, malas mungkin. Walaupun dibayar tapi hati tak mahu. Aku hanya nak keluar dan lepak bersama keluarga, tak ada rasa nak bersukan. Kalau tak, dari awal lagi aku dah join game, boleh sangat nak join, aku anak abah, abah boss besar dalam team, ahah. :))

Instead of jadi referee, aku pilih untuk jadi cameraman. Lagi mudah, tak payah berlari kehulu-kehilir, kan? Duduk kat tepi, hanya snapping-snapping apa yang patut. Sambil-sambil snapping, sambil borak dengan Mimi, and sambil mengumpat para player sekalian. Mostly dah veteran, tapi masih larat untuk main. Tengok abah aku pun dah cukup, umur dah 46, tapi masih main macam orang muda. -___-

Semarak FC. My dad? Goalkeeper lah. :)

Bagi aku, aku suka gambar ni, sebab jarang ada gambar team bola tapi ambil dari side tepi, kan? Aku rasa smart lah, puji diri sendiri. Suka hati lah. :)

Mula-mula aku ingat diorang nak lawan dengan team ni, tapi tanggapan aku silap daa.

Ini baru betul team lawan. Datang lambat, janji melayu biasalah.

Manchester United vs Chealsea. (kononnya lah sangat)

Antara babak-babak sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.




Pakcik Ref,  sangat-sangat buat aku dengan adik aku ketawa dari tepi. Kejam kami. :))

Aku kalau boleh nak letak semua gambar, tapi sebab malas nak tunggu loading, so aku tak letak lah. Lainlah kalau betul game Man Utd vs Chealsea live aku yang ambil gambar, aku sanggup buat blog lain untuk penuhkan gambar-gambar tu. So game end with 3-2, Merah kalah. Tapi game sangat 50-50. No luck at the red side. Ref pun macam tak betul je, opss.. :))

P/S : Continue to part #4

Tuesday, December 20

Another Guys Diary #2


At last, home sweet home. Tak ada tempat lain lagi lebih indah dari katil sendiri kan. Diari lelaki lagi, nothing special. Aku tak galakkan baca, sebab mungkin bosan kisah hidup aku. Tapi aku hanya bercerita, mungkin ada satu dua cerita yang nak kongsi dengan readers (kalau ada orang baca lah..).

Malam ini, kerja kerja kerja. Kerja aku tak tetap masa, bila-bila bos aku panggil aku kena gerak. Sebab dia yang bayar gaji kan, aku pekerja, ikut sajalah. Banyak karenah nanti kena maki. Bos aku? Bapak aku lah, aku kerja dengan dia, tak official sangat pun, tapi masih boleh dikatakan kerja makan gaji. And malam ni aku kena pergi beli diesel, 4 tong. Memang aku nak pergi bandar pun, nak beli crystal case handphone aku. Selalu aku pergi dengan kawan, tapi macam malam ni aku tak rasa nak pergi dengan orang, rasa macam malas. Abah galakkan aku pergi berteman, sebab jalan nak ke bandar tu gelap sangat. Kereta pun tak ada sangat lalu lalang sana. Adalah dalam 2-3 km, sepanjang jalan tu tak ada langsung lampu jalan. Entah bila Kerajaan Jengka Pusat ni nak ambil tindakan. Aduannya banyak, tapi tindakan haram. Dengan jalan tak elok, tak rata, sempit.

Dalam gelap macam tu lah aku seorang diri dalam kereta dan tanpa ada bunyi apa pun. Hanya enjin dan angin malam. Seram? Aku lagi cuak sebenarnya, nak pandang cermin belakang pun tak berani. Radio pula tengah dalam construction sebab ada wire rosak. Aku pun tak tahu lah kalau-kalau ada benda tumpang, tak nak kejadian dulu datang balik. Ye, aku pernah dulu alami benda macam ni, tumpang-menumpang. Ok, tutup cerita. Aku harap kalau ada yang tumpang, turunlah segera bila dah sampai destinasi, jangan ikut aku balik rumah dah lah. Sebab aku pun tak tahu nak kira berapa ringgit dengan 'penumpang' macam ni.

Sampai di bandar, aku hanya fokus pada satu kedai yang rata-rata orang cakap kedai tu jual barang handphone paling bagus. Aku harap macam tu lah.

"Kak, crystal case handphone ni ada tak? "
"Jenama? "
"6500"
"Ada rasanya, try cari dekat situ, ada banyak, dah bercampur dengan Sony, saya pun tak tahu sangat crystal case crystal case ni. "
"Eh, takpe, saya cari sendiri. Haa, ada ni. Berapa harga ni? "
"Takpe, ambil je."

(Buat seketika aku berfikir, salah dengar ke?)

"Ambil je? Free? "
"Ha'ah, free je " (Senyum dia, oh indahnya..)
"Biar betul ni, saya selalu beli benda ni satu dekat RM5 orang jual. Kalau nasib baik pun jumpa lah RM10 dapat 3"
"Iye, betul. Ambil je."
"Ni bukan pranks? Wakenabeb ke? Heh. "
"Haha, bukanlah wak. Serius, ambil je. Memang stuff situ nak bagi free je kat customer. "

Kalau ikutkan nak je aku selongkar habis, dapat 5 pun boleh dah aku pakai untuk sebulan. Tapi takkanlah nak buat macam tu, cover sikit. Benda dah free, jangan tamak. 

"Ok lah, saya ambik satu ni, terime kasih ye. "
"Sesame, datang lagi ye. "

Patutlah orang cakap kedai ni best, memang best bro. Next, petrol pump. Bukan antara tempat favourite aku untuk melepak. Aku datang hanya dengan satu tujuan. Tujuannya ialah untuk dibayar gaji dengan penat aku.

"Yes boss, hari ini berapa mau? "
"Ane, buat satu tong RM35, tak nak lebih tak nak kurang. Lepas isi kasi tutup kemas-kemas, jangan kasi tumpah. Nanti habis bau kereta. Macam biasa, buat resit. Boleh ke takpe? "

Aku suka ayat tu, ciplak dari kawan baik aku. Sebenarnya aku saja nak buat dia pening, mat bangla. Saja buli, tak jahat kan? Nakal sikit. Dan lagipun reaksi dia lepas aku cakap banyak-banyak macam tu, dia pun macam tak sure.

"Takpa, takpa...erk, boleh bos, boleh boleh.."

Muka dia kelakar masa dalam keadaan blur macam tu. Macam troll pun ada. :D

Sunday, December 18

Another Guys Diary #1

My Documents --> Downloads --> Video --> 50.50[2011]Dvdrip-aXXo.avi

At last, setelah penat tunggu download dari petang tadi, akhirnya boleh tengok. Good video quality, ok aku puas hati. Aku pun tak tahu cerita apa sebenarnya, tapi sebab comments di video tu semua cakap best, rating 9/10, aku pun try lah download. Download dari petang tapi baru siap, sebab line kejap ada kejap tak ada, mungkin sebab hujan yang tak berapa stabil, kejap lebat kejap renyai. Nasib baik lah guna IDM, so boleh sambung-sambung downloadnya.

00:03.34
*yawn*

00:12.03
Heh, bodo betul.

00:19.45
Ok, awek tu lawa. Fuh. #semangat

Suddenly,
♫ Take me by the tounge and I'll know you, kiss me till you drunk and I'll show you, All the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger, I've got the..♫

"Hello.."
"Hello, D. Jom karok malam ni. Aku belanje, ajok awok-awok ni. Aku ade BP doh, mari ah.."
"Ni ape bende tetibe ajak karok, setting dok ape dok.."
"Jom la, ajok P ngan K skali, moh. Aku kat pagor ni.."
"Mu ade ngan sape sane? Jap, mu ngan hok mlm tadi tu? "
"Eh, camne mu tau? "

(Ye, memang kau bergayut webcam sebelah aku malam tadi duduk bersembang nak keluar pergi mana pergi mana selama setengah jam, then hari ni kau keluar dengan abah kau ajak aku pergi karaoke)

"Die bawok member ke? "
"Ho la, jom la. Lambat-lambat kekgi nok hantor die pulok.."
"Tengoklah dulu. Kalau aku rajin aku calling smula. "
"Bolokla, jom lah.."
"Haa, ye mak? "

*tut tut tut tut..*

Malas betul aku nak keluar masa aku memang tak ada rasa nak keluar. Hujan-hujan macam ni. Naik kereta pun, tetap rasa macam malas. Tengah feeling tengok movie lah nak ajak keluar lah apa lah, setting awal-awal tak nak. Ajak karaoke, kalau ke ceramah sentaklah juga hati aku. Sambung movie..

00:25.21
LOL!

#Message beep.
[Z ajak kuar, jom. Ngeteh mek siey. bole tengok bola terus]

Dem. Game Man Utd tu tak payah tengok tak apa, memang comfirm menang punya. Main dekat Away, aku malas sangat nak tengok. Kenapa korang semua buat plan pada masa yang sama? Aku nak tengok favourite team aku main pun malas, apetah lagi nak keluar bersosial. *sigh*

Selang 5 minit kemudian, abah datang kat aku.

"Abang, boleh tolong abah sikit tak? "
"Ape dia bah? "
"Tolong carikan abah lagu kat internet, lagu-lagu lame. Abah nak bubuh dalam handset, abah cari kat kedai takde, susah. Dalam internet ade tak? "
"Ade je rasenye. Meh name lagu tu.."
"Cari lagu dari kumpulan Goodman Brothers..bla bla bla bla bla.."
"Hurm..."

(Proses mencari dan downloading mengambil masa selama 10 minit, tak campur dengan masa mencari wayar USB yang aku sendiri tak ingat letak dekat mana, sebab card reader adik aku buat hilang.)

Another 5 minuts later,

#Yahoo!Messenger
[buzz!]
[Hey Chom, what u doing? :)]

Great, aku lupa tutup YM.
Ok semua, terima kasih. I really enjoy the movie a lot. Thanks again.

P/S : Aku tak tahu macam mana korang semua rancang bersama nak sabotaj masa kualiti aku tengok movie -____-