Showing posts with label Cerita Biasa. Show all posts
Showing posts with label Cerita Biasa. Show all posts

Tuesday, March 20

Kidnapped.

Assalamualaikum

Semalam kecoh di Taman Tas Kuantan tentang kes culik. Culik lagi? Kenapa? Sudah jadi trend kes penculikan? Dunia dah jadi kucar kacir. Macam-macam masalah dah jadi. Dunia dah nak mati? Hanya Allah yang tahu. Aku tidak pernah boleh faham apa yang terkandung dalam hati si penculik. Apa yang mereka fikir dengan menculik? Ya mungkin mereka boleh dapat wang, itupun kalau keluarga bekerjasama. Tapi tidak pernah mereka terfikir tentang akibat dan musibah. Mungkin karma? Sampai bila? Bitch please, get your life. Kidnapping was not even a life to live. Apa yang aku boleh katakan, cuma bodoh. Mereka lupa tentang undang-undang dunia? Oh come on, untuk apa polis ditubuhkan kalau bukan untuk menjaga keamanan. Mungkin untuk jangka masa terdekat mereka boleh selamat. Polis takkan mendiamkan diri, kita semua tahu itu. Lambat laun akan dapat tangkap juga. Even ahli kongsi gelap dan gangster yang sebelum ini lagi teruk jenayahnya dah pun mati kena tembak. Nasib sebab Malaysia ini masih belum ada hukum hudud. Kalau mencuri pun potong tangan, inikan menculik. Potong semua!

Monday, March 19

Tidak Pasti.

Assalamualaikum.

Aku lihat jam. Tepat 14:25, Isnin 19.03.2012. Bukan masa dan hari yang aku ingin bicarakan, tetapi lebih kepada sesuatu yang terbiar sudah hampir sebulan mungkin. Bukan sengaja dibiarkan, tetapi keadaan semasa yang tidak mengizinkan aku untuk memberi ruang menjenguk diari ini. Ayat penulis? Mungkin, aku menulis hanya untuk aku, bukan untuk sesiapa. Kalau suka, terima kasih. Kalau sebaliknya, aku minta maaf. Aku tidak dilahirkan darah penulis. Tidak pernah seumur hidup aku rasa untuk menulis sebegini. Kenapa hari ini?

Terus terang aku katakan aku sendiri pun tidak mengerti apa yang sedang berlaku dalam kehidupan seharian. Walaupun kehidupan seharian tidaklah seperti David Beckham, bukan seperti Jonny Depp, bukan seperti artis terkenal yang lain yang mana punyai rutin harian yang sangat rumit. Hidup aku hanya seorang remaja kampung, bangun pagi kerja, petang pulang kerja, malam tidur. Istimewa? Bagi aku, sangat istimewa. Aku tidak malu untuk dipanggil sebagai budak kampung. Memang aku dilahirkan dari sebuah kampung. Aku pernah hidup dalam 2 dunia berbeza, bandar dan kampung. Apa yang aku lihat, kedua-duanya punyai buruk dan baik.

Media semasa seperti Twitter dan Facebook mungkin antara sebab utama aku sangat jarang berada di sini, maksud aku, di Blogger. Cerita-cerita aku semua diluahkan di sana hinggakan tiada lagi yang tinggal untuk Blogger. Kalau dibandingkan dengan penulis yang lain, mungkin rating aku dibawah 500, mungkin juga 1000. Aku tak kejarkan populariti, sebab aku tak pernah kisah tentang semua itu. Aku pernah cakap, aku terlalu minat muzik, tetapi aku tak pernah inginkan berada di tempat pereka muzik, ataupun pemain muzik. Untuk apa semua itu?

Setiap orang ada jalan hidup yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Hidup dan mati kita juga kita tidak tahu. Kita hanya tahu waktu kita dilahirkan, tetapi mati? Allahuallam.

Thursday, February 16

K-Pop ke Icepop?

Salam buat viewers..~

K-pop ke Ice-pop? Kedua-duanya amatlah tak sabit langsung pun antara satu sama lain. Aku bukan nak menceritakan tentang sedap ke tak icepop perasa oren, tapi ingin mengetengahkan (entah wujud ke tak word ni, lol) genre k-pop yang sekarang ni macam selok-selok kat Asia, lagi-lagi kat negara kita sendiri, Malaysia. Sampaikan ada rancangan untuk mencari bakat k-pop, tarian and even singing. Ada pihak yang tak suka k-pop and of course lah diorang tentang habis-habisan cakap membazir masa lah, mengarut and all that.


Well, from my point of view, tak salah rasanya. Bukannya sebelum ni tak pernah ada orang buat yang macam ni. Macam Showdown (Hip-Hop) dan Battle of The Band (Rock). Rasanya kedua-duanya sama, untuk mencari bakat. Kalau hip-hop dengan rock boleh, kenapa k-pop orang akan tentang? Tak semua orang boleh terima muzik yang kita dengar, setiap orang ada yang dia suka dengar ada yang dia tak suka. Kalau tak suka, kenapa buka TV then mengadap peminat K-Pop tengah melayan irama dan muzik yang diorang suka? Sakit hati sebab diorang boleh menari dan hafal muzik korean? Haters.


There's more. Ada yang mengatakan K-Pop ni jambu, and kalau lelaki layan lagu macam ni, laki tu macam jiwang terlajak lah, apa lah. Uih, kenapa macam tu? K-Pop jambu? Dah pernah dengar ke lagu korean? Macam mana tau yang lirik diorang semua jiwang? There, tak tahu kan? Kalau tak tahu, jangan hati busuk sangat. Kalau tak pernah dengar and tak nak dengar, jangan dengki pada orang yang sukakan muzik K-pop ni. Aku sendiri pun layan, sebab muzik diorang bagi aku ok, ada yang boleh masuk kepala, ada yang tak. Yang tak masuk tu, aku tak layan lah, lol. Diorang mungkin tak perlu main alat muzik, tapi untuk gantikan itu, mereka menari. Cuba suruh artis band Malaysia yang terer main gitar ke drum ke, suruh menari macam diorang, boleh? Setiap orang ada kelebihan kekurangan. Try to listen first, then talk later.


Aku tak tahu kenapa orang pandang serong pada K-Pop, mungkin ada idealogi sendiri, who knows kan. K-Pop is non different from any other genre, kalau orang boleh layan lagu heavy metal, punk, skinhead and all that yang kita anggap racist, why not this one? :) K-Pop is fun, seriously. 

Wednesday, January 18

Busy!



Salam buat viewers..~

Adush, sangat-sangat lama dah tinggal blog ni, sibuk sangat sekarang, tak sempat nak update cerita dan gambar baru. Ni pun jenguk sekejap sebelum tidur. Tak sihat sangat lagipun, kat tempat kerja hanya fikir pasal kerja, FB pun dah jarang nak online. Buat kawan blogger yang selalu jenguk blog aku (konon-konon macam ada) sorry kalau slow sikit update sekarang, paham la ye, tapi no worries, will update soon :) Rindu nak blogwalking juga ni, lama tak jenguk tetamu. Aha. 

Monday, January 9

MCity, Shut the FACup.

Salam buat viewers..~

Well, kepada peminat-peminat bola, seperti yang kita tahu, semalam game clash of the titans untuk FA Cup, Man City vs Man Utd. Memang entry aku kali ni hanya untuk cerita pasal game semalam tu. Siapa yang ada FB tu mesti ada rasa, bila ada game Man Utd, mesti kadang-kadang akan ada orang keluarkan satu status cakap pasal MU, kan? Lelaki lah mostly. Kalau macam aku, dah jadi lali aku rasa setiap kali ada game, newsfeed aku akan penuh dengan cakap-cakap fans dan juga haters. Tapi mostly haters, sebab aku pun tak tahu apa penyakit diorang. Padahal bukan lawan club favourite diorang, tapi maki-maki macam MU lawan club diorang. Means, macam diorang lebih sokong mana-mana team yang lawan MU, walaupun team itu Swansea. Sebab diorang totally terlalu membenci club MU, entah kenapa, mungkin penyakit keturunan. Aku malas nak ambil tahu benda tak penting macam tuh. Yang aku tahu, setiap kali ada game, cemuhan maki mengata semua ada di newsfeed aku, dan kalau ada di status orang lain, diorang akan mentionkan nama aku. Punyalah nak mengutuk punya pasal, sanggup tu.

Dan malam tadi, yeah, MU menang lah kan. Leading 3-0 first half, lepas tu MC score 2 goals di 2nd half and the games ended with 3-2 wins to MU. Haa, even menang, tengoklah, akan ada yang cari alasan sebab kemenangan MU, menang nasiblah, referee tak adil lah, macam-macam. Punyalah bencinya, kenapa eh dengan diorang ni? Tak boleh ke senyap-senyap tanpa buat orang lain naik angin? Masalahnya, itu bukan club favourite diorang, mostly fans Liverpool dan Chealsea, sama-sama naik nak mengutuk MU. Apakah? Sindrom baru ke? Hate-MU-so-much diseases? Amaigadd.

Ini lah antara yang ada di FB aku. Ini antara orang-orang yang selalu sangat bising di FB aku, so malam tadi aku dah bosan mengadap muka-muka haters macam ni, so aku unfriends/block. Bagi aku, biarpun hanya sebab bola, tapi dari aku terus benci sakit hati sebab tengok status macam tu, better aku delete friend. Kalau jumpa kat luar nak berkawan, kawanlah, tapi kalau masih nak cari gaduh, aku tak kisah pun. Tak wajib pun ada kawan macam tu.


Bila dah tak puas hati, mula lah nak ungkit benda lama, tak kira lah berapa tahun lepas pun. Haiya, kalah 6-1 dalam BPL, itu liga bila-bila boleh naik balik, lagipun MU still kat atas. Yang malam tadi tu FA Cup sedara, pusingan kalah mati. Aku ke kau yang bodoh?


Yang ini die hard fans Liverpool, entah tak ada sabit dengan game semalam pun, tetiba dia pula yang lebih-lebih. Lepas tu nak bandingkan lawan dengan club dia. Game tak start lagi, tapi cakap macam confirm menang, erk, kau kenapa? 


Orang ni antara yang aku paling mark bila ada game MU, mengutuk macam haram. Tengok bila MU menang, status konon-konon nak cari alasan. Sebelum game mula, bukan main cakap MC confirm menang lah apa lah. Just sebab 2 previous game MU kalah, tak bermakna yang ke-3 akan kalah juga, kan? Noob.


Start lah cari alasan, menang nasib, tukar keeper lain lah apa lah, dah tu kenapa kau tak call je Mancini suruh dia masuk player yang kau nak sangat tu? Tak boleh? Dah kalau tak boleh kau diam dah lah, kau bising-bising cari salah orang, benda boleh berubah ke?

P/S : Katakan kalau MC menang, mesti reaksi tiap-tiap orang di atas lain, mesti selok gila-gila. Lepas tu nganjing sepuas-puas hati. Entah tak paham aku kenapa dengan diorang ni. Umat akhir zaman. :P

Wednesday, January 4

Theater Of Dream


Salam buat viewers..~

First of all, tajuk entry TOD tak ada kaitan sangat pun sebenarnya dengan apa yang aku nak cerita, tapi masih berkaitan dengan Man Utd. Old Trafford a.k.a Theater Of Dream. Actually aku cuma nak luah sikit, touching feeling sikit kenapa ramai sangat haters tak suka Man Utd. 

Kalau ada sesiapa perasan, katakan Man Utd ada game lawan lah team yang mana-mana pun, then kalah, mesti banyak sesangat orang update mengejek mengutuk mengata menghina dan segala-gala meng lagi lah. Kenapa kena ada mindset macam tu? Dah kalau korang tak suka Man Utd, sudahlah, sokong club favourite masing-masing. Jangan peduli club lain kalah. Masa Wigan ke, Aston Villa ke, Sunderland kalah tak ada pula nak update macam tu. Club macam Liverpool, Chealsea, Man City kalah baru ni pun tak ada yang nak update, semua senyap bodoh je. Kenapa? Bila Man Utd je, semua cakap macam korang lah pengulas sukan yang paling berjaya, lagi terer dari mana-mana coach yang lain. Nampak sangat dengki kan? Sebab Man Utd selalu Champion, bukan macam team favourite korang, 5 tahun sekali menang, itupun kalau la menang, or dapat 2nd - 4th place. Tapi mostly Man Utd lah kan? Macam tak matang je buat kerja bodoh macam tu, mengutuk mencaci sebab kalah game, bukan kalah liga oi kawan. Kalah game tak semestinya kalah liga terus. Change your mind set, pretty please?

P/S : Panas telinga aku dengar bila Man Utd punya game yang start dulu kalah. Macam-macam benda korang mengata, then lepas tu Man City, Chealsea and Liverpool pun kalah? Adoyai, malunya. So, just stay calm and layan je bola, jangan nak bersungguh-sungguh buat kerja tak ada faedah sangat ye? :)

Tuesday, January 3

2012?


New Year? Already 3rd Jan 2012, but still updating about new year, the hell I care? Ops, actually I didn't had enough time recently to update my blog, busy with this with that with bla bla bla stuff, and Mr. Spidey already had fun doing web-homie in my blog eh?

Dah, berhenti lah speaking Hardisk oi, merepek-repek english kau, aha. Memang dalam 2 3 hari ni tersangat lah busy nya, sempat online pun ke Facebook dengan Tweet saja. Blog pun online tapi tak ada idea untuk new entry. Lagipun masa new year aku rasa line macam slow sikit, ke aku seorang je rasa macam tu? Entah, ok ignore it. Bila tahun baru je, orang sibuk-sibuk tentang satu benda ni, AZAM. Tahu apa azam? Google it, aha. Aku bukan nak cerita tentang maksud azam apa dia. 

Ramai orang akan buat azam konon-kononnya nak berubah ke arah yang lebih baik or whatever. Itu tak salah bagi pandangan aku, cuma, dalam berjuta-juta orang di Malaysia ni yang berazam, berapa kerat sangat azam dia tu berjaya dipenuhi? Pernah terfikir? Bagi aku, aku sendiri dah berhenti untuk mempunyai azam tahun baru since sekolah menengah, sebab aku tak rasa benda itu penting. Maksud aku, kenapa perlu tunggu tahun baru nak berazam? Hari-hari biasa tak boleh nak berazam? 1 Januari setiap tahun tu hari keramat ke? And bukan ke yang selalu kita sambut tu dalam kalendar Masihi? Kalendar Islam punya tahun baru tahu ke tak?

Tak salah nak menyambut or mempunyai azam tahun baru, aku pun bukan tahu sangat hukum apa sambutan tahun baru, cuma hanya sekadar mengingati. Tahun 2012 pula tahun yang dikatakan banyak bencana bakal berlaku. Ada pula aku baca satu dua cerita tentang turunnya salji di gurun sahara kalau tak silap, and laut yang keempat terbesar di dunia dah kering. Aku tengok gambar-gambar yang posted tu, seram juga bila tengok. Salji + pasir di gurun, dengan kapal-kapal dilautan ada atas tanah. Aku pula lupa nak download and save gambar-gambar tu, tak ingat pula link yang aku baca hari itu. Tapi kesahihan gambar tu tak tahulah betul atau tidak, tapi tengok pada gambar, memang real. Apa-apapun, bersiap sedia sajalah kita semua. :)