Assalamualaikum
Love VS Hate
Kisah cinta tak pernah habis. Lepas habis satu, mula lagi yang baru. Lepas sayang jadi benci. Lepas benci berkasih sayang semula. Tiada apa yang aku ingin ketengahkan, cuma sekadar luahan hati sahaja. Pernah bercinta? Tipu kalau aku katakan tidak pernah. Pembaca? Siapa tahu. Biarlah sekadar rahsia. Aku tahu, ada juga yang belum pernah melafazkan kata-kata cinta pada seseorang. Itu perkara biasa, bukan satu kewajiban untuk mencari cinta sesama makhluk. Cinta pada Pencipta itu lebih penting dari segalanya.
Bagi kisah aku, tidak ada bezanya dari kebanyakan lelaki lain yang mungkin sebaya dengan aku. Cinta datang dan pergi. Itu biasa. Nak tunggu kekal semuanya terpulang pada Ilahi. Dari umur 14, sehingga 22, bermacam ragam jenis wanita aku kenal. Semua lain. Tak semua kekal. Ada indah ada pahit. Walau betapa susah untuk kita simpan dan jaga hubungan itu, akhir nanti mesti akan ada punca segala perpisahan. Memang benar, cinta itu mengajar. Mengajar kita supaya sentiasa berhati-hati. Hingga sekarang, aku lebih gemar berkawan dari memiliki cinta. Berkawan boleh menjamin hubungan yang berkekalan. Pernah kita sedar itu? Mungkin tidak. Masa bercinta kita terlalu pandang pasangan sehingga lupa pada yang lain. Kawan dan keluarga dilupakan. Cinta itu kejam?
Setiap orang mahukan pasangan yang berbeza-beza. Yang cantik, yang kacak, yang sporty, yang punyai minat yang sama, yang bijak, yang mampu beri segalanya. Aku? Entah, aku jenis yang tidak pernah kisah. Siapa yang tak mahu pasangan yang memahami kita seadanya. Sampai sekarang masih belum ketemu. Yang ada, hanya rakan-rakan memang terlalu faham ragam seharian aku, baik lelaki mahupun perempuan. Mungkin cinta sebenar datang dari rakan? Siapa tahu.
Aku berharap dapat berjumpa dengan insan yang telah ditakdirkan untuk bersama sebelum ajal tiba. :)


