I'm back! Selepas penat balik dari jalan-jalan, ini baru sempat nak update blog sikit. Hanya sekadar santapan untuk viewers. Even tempat tak lah menarik macam Australia ke, Washington DC ke, cuma meluangkan masa bersama, tak jauh pun, di area-area KL saja. Tapi kalau dah ramai-ramai, even di tepi kolam pun boleh jadi seronok, kan? :)
Holiday 3 hari 2 malam, tempat dekat, tak berani nak pergi jauh, keadaan cuaca tak menentu sangat, mana lah tahu ada banjir ke kan. Jalan-jalan menghabiskan masa bersama sebelum sekolah start dalam beberapa hari je lagi ni.
Ramai yang dah tahu tempat ni kan, Putrajaya. Seronok sangat semua. Semua kaki jalan ni. Boleh kata kalau kerja dengan jalan-jalan, kerja tolak tepi dulu. Holiday lagi penting. Rasa macam nak selit je photoshop gambar aku sikit kat sebelah tu. Gambar aku tak ada sebab aku yang snap gambar ni. -___- Ada banyak lagi gambar-gambar lain, tapi sebab mostly guna DSLR, so saiz dia tinggi, rasa kemalasan nak upload. Sebab aku rasa tak ada orang nak ambil tahu kisah hidup aku pun, kan kan? :)
Ni gambar masa kami baru balik dari Midvalley. Stop by di pertengahan jalan sambil calling-calling cari hotel. Makan sushi ramai-ramai. Seronok kalau makan ramai-ramai kan. And lagipun, kami semua kaki sushi, aha :)
Macam-macam jenis kami beli time ni, siap ada lebih lagi. Dengan junk food lagi. Oh ya, persamaan antara kami 4 keluarga ialah semua kuat makan!
Aku dah cakap kami semua kuat makan, yang ni masa makan Steamboat Buffet di Tupai-Tupai. Kalau orang yang tinggal di KL mesti tahu kan tempat ni. Bab makan, harga tak kisah dah berapa-berapa pun, asalkan kenyang dan puas hati. Nasi goreng dekat sini serius sedap!
Pun masih gambar makan. Ini masa dah nak balik, kami singgah di Bentong semata-mata nak makan durian ni. Namanya Musang King D24. 1st time aku dengar spesis ni, aku tak makan masa ni, takut. Aku pun baru lepas baik dari trauma durian, tak berani lagi nak sentuh raja ni. Tapi diorang semua cakap sedap, argh.
Thats all. Aku rasa happy dapat join family gathering ni even hanya di tempat biasa. Aku tak kisah sangat dimana-mana, as long as benda baik, tempat baik, dan perolehi kebaikan dari holiday, cewahh. :)

No comments:
Post a Comment