Monday, March 19

Tidak Pasti.

Assalamualaikum.

Aku lihat jam. Tepat 14:25, Isnin 19.03.2012. Bukan masa dan hari yang aku ingin bicarakan, tetapi lebih kepada sesuatu yang terbiar sudah hampir sebulan mungkin. Bukan sengaja dibiarkan, tetapi keadaan semasa yang tidak mengizinkan aku untuk memberi ruang menjenguk diari ini. Ayat penulis? Mungkin, aku menulis hanya untuk aku, bukan untuk sesiapa. Kalau suka, terima kasih. Kalau sebaliknya, aku minta maaf. Aku tidak dilahirkan darah penulis. Tidak pernah seumur hidup aku rasa untuk menulis sebegini. Kenapa hari ini?

Terus terang aku katakan aku sendiri pun tidak mengerti apa yang sedang berlaku dalam kehidupan seharian. Walaupun kehidupan seharian tidaklah seperti David Beckham, bukan seperti Jonny Depp, bukan seperti artis terkenal yang lain yang mana punyai rutin harian yang sangat rumit. Hidup aku hanya seorang remaja kampung, bangun pagi kerja, petang pulang kerja, malam tidur. Istimewa? Bagi aku, sangat istimewa. Aku tidak malu untuk dipanggil sebagai budak kampung. Memang aku dilahirkan dari sebuah kampung. Aku pernah hidup dalam 2 dunia berbeza, bandar dan kampung. Apa yang aku lihat, kedua-duanya punyai buruk dan baik.

Media semasa seperti Twitter dan Facebook mungkin antara sebab utama aku sangat jarang berada di sini, maksud aku, di Blogger. Cerita-cerita aku semua diluahkan di sana hinggakan tiada lagi yang tinggal untuk Blogger. Kalau dibandingkan dengan penulis yang lain, mungkin rating aku dibawah 500, mungkin juga 1000. Aku tak kejarkan populariti, sebab aku tak pernah kisah tentang semua itu. Aku pernah cakap, aku terlalu minat muzik, tetapi aku tak pernah inginkan berada di tempat pereka muzik, ataupun pemain muzik. Untuk apa semua itu?

Setiap orang ada jalan hidup yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Hidup dan mati kita juga kita tidak tahu. Kita hanya tahu waktu kita dilahirkan, tetapi mati? Allahuallam.

Sunday, February 19

22th Years Of Living


Salam buat viewers..~

Yay! Birthday datang lagi, aha. Firstly, Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana masih memberi peluang untuk aku hidup di muka bumi ni, meraikan 22 tahun kehidupan, cewahh. Well, mestilah kena bersyukur kan, sebab kita pun tak tahu bila kita mati. Dah dapat hidup 22 tahun ni pun kira lama dah, macam-macam dugaan hidup dah lalui dari kecil sampai pra-dewasa ni. Kena ingat, tak semua orang dapat hidup lama macam ni, ada yang muda-muda lagi dah meninggal, umur tak panjang.

And thanks to all friends yang mana dah wish tu, doa and all that, hanya Tuhan yang dapat membalas. Thanks again. Tahun ni pun tak ada yang lain dari tahun-tahun lepas, no grand grand sangat lah birthday party and all that, dah besar panjang dah (Mama yang cakap..). Ma belikan cake je, tapi sedap. Tak sempat nak upload gambar. Hadiah? Entah, habuk pun tarakk. Lol. No need lah, as long as orang masih ingat birthday kita pun dah cukup kan. :)


Thanks, so so soooo much!